Sunday, September 23, 2007

Kenapa Fly Fishing? Part Wahid

Kawe pernah pegi ke Terengganu tidak lama dulu. Pergi tu memang tujuan bercuti lah. Therefore, fly fishing gear ni memang bawaklah. So kawe sempat menjenguk satu tempat yang boleh dikatakan popular jugak untuk memancing di tepi pantai. Biasanya kalau kawe pergi tempat orang, kawe jadi pemerhati lah dulu. Ye lah, tak kan nak potong orang tempatan pulak kan. So, nak jadi cerita, kawe berjumpa lah dengan seorang brader ni. Dia ni lebih senior dari kawe lah nampaknya. Baik dari segi umur atau pengalaman memancing. Begitulah tekaan kawe.

Brader ni tengah memancing lah. Peralatan yang dia pakai boleh tahan lah jugak. Pakaian pun ada kelass. So bila dia nampak kawe dok tengok saja, dia pun datang tegur kawe lah. Kawe pun bisalah dengan stail peramah kawe lah. So, kawe dok tanya2 lah sikit sebanyak pasal memancing kat situ. Brader ni pun ceritalah sikit sebanyak (actually banyak lah, that's why kawe rase dia ni banyak experience).

Last2 dia tanya kawe, "Bowok joghang mmende tuh?". Kawe jawab "Fly fishing". Terus brader tu senyum & tersengih. And you know he said? "Caghe tu dok leh paka llauk ni dek. Laut ni die dalang, ikang nok napok guane bende teghebang. Kalu ssunga baghu buleh....". Hah?

Terkejut kawe bila dia terus cakap macam tu. Anyway, kawe tak bangkang cakap2 dia tu. Bagi kawe, that is typical orang kita, especially towards jenis atau cara memancing yang kurang biasa kita tengok. Salah satu cara memancing yang kurang biasa kita lihat di negara kita ni ialah (drum roll) fly fishing.

Fly fishing ni mcm2 org panggil. Pancing terbang, pancing layang dan ada jugak panggil pancing lalat hehe. Antara pandangan biasa org kita tentang fly fishing ni ialah:
- Fly fishing ni utk ikan meyambar serangga atas air shj.
- Ikan di Malaysia tak makan umpan tipu ni
- Tempat memancing di Malaysia ni sempit, fly fishing perlu tempat luas
- Fly fishing ni susah
- Fly fishing ni mahal
- Malu (sebab nak berlatih fly casting kat padang)

Itulah antara pandangan orang kita.

Kawe akui, dulu kawe pun pelik jugak tengok fly fishing ni. Bagi kawe, kawe mula fly fishing ni dgn berkata "Why not?". Bermula dari situ, kawe mula cari bahan pasal fly fishing. Kenapa org putih minat sangat dengan fly fishing ni. Betul kata orang, semakin kita belajar, semakin kita sedar bahawa betapa sikitnya ilmu kita. Itu lah pengalaman kawe. Rupanya org putih dah mula fly fishing ni lebih dari 200 tahun. Dan dlm masa 200 tahun tu, dah mcm2 yang mereka alami, belajar, cipta dan sebagainya. Itu antara sebab mengapa mereka maju. Dan kemajuan tu bukannya dari segi fly fishing sahaja. Malahan juga terhadap alam sekitar, pengawalan stok ikan, serangga dan sebagainya termasuk pelancungan.

Kawe akan cuba cerita sedikit sebanyak tentang fly fishing ni di masa depan (petang ni? hahaha) dan juga pengalaman kawe fly fishing di tempat2 yang kawe rasa pemancing yang tidak menggunakan fly fishing tidak akan pergi kerana sebab2 tertentu.

Till next time.

No comments: