Sunday, September 23, 2007
Kenapa Fly Fishing? Part Wahid
Brader ni tengah memancing lah. Peralatan yang dia pakai boleh tahan lah jugak. Pakaian pun ada kelass. So bila dia nampak kawe dok tengok saja, dia pun datang tegur kawe lah. Kawe pun bisalah dengan stail peramah kawe lah. So, kawe dok tanya2 lah sikit sebanyak pasal memancing kat situ. Brader ni pun ceritalah sikit sebanyak (actually banyak lah, that's why kawe rase dia ni banyak experience).
Last2 dia tanya kawe, "Bowok joghang mmende tuh?". Kawe jawab "Fly fishing". Terus brader tu senyum & tersengih. And you know he said? "Caghe tu dok leh paka llauk ni dek. Laut ni die dalang, ikang nok napok guane bende teghebang. Kalu ssunga baghu buleh....". Hah?
Terkejut kawe bila dia terus cakap macam tu. Anyway, kawe tak bangkang cakap2 dia tu. Bagi kawe, that is typical orang kita, especially towards jenis atau cara memancing yang kurang biasa kita tengok. Salah satu cara memancing yang kurang biasa kita lihat di negara kita ni ialah (drum roll) fly fishing.
Fly fishing ni mcm2 org panggil. Pancing terbang, pancing layang dan ada jugak panggil pancing lalat hehe. Antara pandangan biasa org kita tentang fly fishing ni ialah:
- Fly fishing ni utk ikan meyambar serangga atas air shj.
- Ikan di Malaysia tak makan umpan tipu ni
- Tempat memancing di Malaysia ni sempit, fly fishing perlu tempat luas
- Fly fishing ni susah
- Fly fishing ni mahal
- Malu (sebab nak berlatih fly casting kat padang)
Itulah antara pandangan orang kita.
Kawe akui, dulu kawe pun pelik jugak tengok fly fishing ni. Bagi kawe, kawe mula fly fishing ni dgn berkata "Why not?". Bermula dari situ, kawe mula cari bahan pasal fly fishing. Kenapa org putih minat sangat dengan fly fishing ni. Betul kata orang, semakin kita belajar, semakin kita sedar bahawa betapa sikitnya ilmu kita. Itu lah pengalaman kawe. Rupanya org putih dah mula fly fishing ni lebih dari 200 tahun. Dan dlm masa 200 tahun tu, dah mcm2 yang mereka alami, belajar, cipta dan sebagainya. Itu antara sebab mengapa mereka maju. Dan kemajuan tu bukannya dari segi fly fishing sahaja. Malahan juga terhadap alam sekitar, pengawalan stok ikan, serangga dan sebagainya termasuk pelancungan.
Kawe akan cuba cerita sedikit sebanyak tentang fly fishing ni di masa depan (petang ni? hahaha) dan juga pengalaman kawe fly fishing di tempat2 yang kawe rasa pemancing yang tidak menggunakan fly fishing tidak akan pergi kerana sebab2 tertentu.
Till next time.
Monday, September 10, 2007
A Julius Ceasar's Journey: Part Deux
"Friend, one more..one more" kata Tam. Man, can you believe that? Kawe rasa last sekali letih macam tu, masa lepas sprint 100m masa di MRSM dulu la...haha.
Anyway, belum sempat nak komplen apa-apa...."quick! quick! fish bite already!'. Haah?! deng! So, kawe sekali lagi lah reel ini line, then strike....Fish On!....I was just hanging on for dear life my friends!..... tapi bila kita memang tak larat tu ada la perkara yang kita tak sangka berlaku. Tali putus! Kawe rase, itu lah pertama kali kawe rase happy sebab tali pancing putus, hahaha. No sir, never been happier.
So, did I stop fishing then? No.... kawe masuk balik kedai pancing kat situ & beli mata pancing & pelampung. Dunno apalah yang kawe pikir masa tu. Tapi bila fikir balik, kawe rase mujur jugak sebab dengan cara tu kawe boleh belajar: mata jenis mana, saiz berapa nak pakai kat situ, pelampung mana, 'coil' jenis apa..... ilmu ni yang penting sebenarnya. Jadi, sekarang ni kawe boleh la nak tunjuk macam mana nak ikat 'rig' untuk ikan patin siam di Bung Sam Ran ni.
Next thing? Letak umpan & baling. Kawe dah boleh buat sendiri (cuma baling tu tak berapa jauh lagi la). Tak sampai 5 minit.... another bite! Kali ni, ikan lebih ganas. Larian pertamanya cukup jauh. Kawe boleh rasa ikan ni lebih besar dari yang pertama tadi. Yeee haaaa one more time (yes u guess right.... kena seksa sekali lagi hahahaha). Lepas ikan dah abis larian pertama, kawe dapat lah gulung tali tapi memang dapat rasa lagi berat.
Satu hal dengan ikan di situ, dia pantang nampak pemancing. Dia akan lari lagi sekali (dua kali, tiga kali,...). Jadi dah puas gulung tali, kita kena surrender lagi sekali hahahaha. Nak pendekkan cerita, akhirnya ikan dapat masuk dalam tangguk.

Ada lah orang kat sana yang baik ati tolong kawe angkat ikan tu naik atas pelantar. Kalau tengok dlm gambar tu dia sorang je. Tapi sebenarnya ida pun kena mintak tolong sorang lagi hahaha. Kenapa kawe tak tolong? Hahahaha...sebabnya ialah kawe sekali lagi terguling selepas satu kotak lagi Milo! hahaha. Letih beb!
Hasilnya?

Dan...... Tam terus ambik joran kawe, letak umpan & baling lagi sekali. Man! This guy is joking! " My friend, one more.. yes. You come from far, so one more.. yes. Must catch 10". Haaah? Aper die cakap? Must catch 10? Yeah right, must catch 10..... in 5 years! And that's a maybe still! hahahaa.
Anyway, kawe took up the challenge but ikan sekali lagi berjaya memutuskan tali (sila baca: ikan dengan sudinya bersetuju untuk tidak menyeksa kawe lagi hehehe). So, kawe angkat tangan pada semua yang ada sekeliling tu "khap khun kharp!" (time kasih la tu). Kawe kena surrender dulu la untuk kali ni. But I shall return. Anyway macam si Julius Ceasar kata: Veni Vidi Vici! (I came, I saw, I conquered!). There will be a next trip (but I should go to gym first I suppose....hmmmm Fitness First? True Fitness? California Fitness? Celebrity Fitness? hehehehe.) Ulasan teknikal di post seterusnya...kena tunggu dulu
Tuesday, September 4, 2007
Ikan Patin Siam: A Julius Ceasar's Journey

Kawe telah berpeluang untuk melawat ke sebuah tasik yang terkenal di negara jiran kita i.e. Thailand. Yang peliknya, tasik ini katanya terkenal seantero dunia tapi rakyat Thai khususnya di Bangkok sendiri tidak berapa kenal tempat ini (we never cared much about our own place - familiar? hehe).
- Lesen (1 hari) = 1000 baht
- Sewa rod (1) = 500 baht (deposit 1000 baht - kalau hilang 6000 baht weh). Ni siap tali 30lb, pelampung, perambut dgn mata sekali dah. So takyah susah2. Kawe sewa rod cap ayam, reel Daiwa BG90, tali cap ayam 30lb.
- Guide/pemandu pancing = 1000 baht (tak payah takut hilang rod. Kalau hilang dia tanggung)
- Sewa tangguk = 60 baht (besar tangguk ni beb)
- Umpan = 140 baht (satu tong)
Dah siap semua, kawe pun bersedialah untuk memancing. Persoalannya "How Do They Do It?". Biasa la, nampak senang, tapi bila suh buat, mula la kan haha. Kawe bernasib baik sebab ada lah pulak sorang hamba Allah ni yg peramah. Namanya Tam. Dia kata, dia customer tempat tu jugak. Dia ada kat situ 5 hari seminggu. Apa dia buat di situ? Tolong bancuh umpan, letak umpan, and baling.... at no charge! Free! Whoaa... ada ke org Malaysia macam ni? And so he became my good friend that day haha.
Lesson 1: Bancuh umpan kat sini senang je. Tak payah nak ambik guide pun. Pecaye la.
So I baited up (actually Tam baited up haha) and cast (ok, actually Tam casted for me haha. 1st time maa..). 2 minutes, no bite. Tarik balik, letak umpan baru, cast. Rupanya kena buat camni 4, 5 kali. Cast no 4 & 5 kawe yang cast la.
Lesson 2: Berley atau rasuah umpan di perlukan di sini
Susah rupanya nak cast jauh ni. nampak senang je, tapi bila cuba sendiri tak sampai-sampai haha. So after the 5th cast, I waited again. Eyes on the pelampung.....
"Down went the pelampung! Quick!"
So kawe reel in the slack....Bismillahirrahmanirrahim...strike! Fish on! Yee.. (belum abis haa lagi).. oh my God. The fish started Aksi 1 iaitu Torture the angler with untoppable run for 5 minutes. Nothing can be done, just hang on (just pegang rod, jgn sampai kena tarik masuk dlm tasik haha). Cool babe cool. This is why we came here, to get the fish. It will be easy after this...

Aksi ikan yang ke 2: Act stupid and tame to angler, bagi angler dapat gulung tali. Masa ni kawe dah rase "Ok, time to gulung tali. Sekejap sgt fight ni...ishh"...and boy was I mistaken again
Aksi ikan yang ke 3: Tarik balik tali dari angler! hahaha. Damn, ikan lari lagi dan menjunam for the next 10mins. Tarikan ikan masa ni lebih kuat dari Aksi 1 beb! Memang sah kena seksa dengan ikan! Masa ni kawe rasa nak give up pun ada. "Why am I doing this?!" I asked me. Org sekeliling bagi semangat dengan gelak kuat-kuat. Deng...kata org Terengganu.
Walaubagaimana pun, setelah bersusah payah, kawe akhirnya berjaya menaikkan ikan patin tersebut dgn bantuan Tam (yg menangguk ikan tu). Lebih kurang 25kg berat ikan tu. The biggest fish of my fishing career so far. Lepas kawe boleh bawak ikan tu naik, kawe terus terbaring... It was so bloody hard. Sempat abis air Milo 1 kotak. Masa tu kawe rase, that was the 1st and the last.......and again I heard Julius: I conquered!
Dalam masa tu si Tam had a surprise for me....... tunguu.