Sunday, September 23, 2007

Kenapa Fly Fishing? Part Wahid

Kawe pernah pegi ke Terengganu tidak lama dulu. Pergi tu memang tujuan bercuti lah. Therefore, fly fishing gear ni memang bawaklah. So kawe sempat menjenguk satu tempat yang boleh dikatakan popular jugak untuk memancing di tepi pantai. Biasanya kalau kawe pergi tempat orang, kawe jadi pemerhati lah dulu. Ye lah, tak kan nak potong orang tempatan pulak kan. So, nak jadi cerita, kawe berjumpa lah dengan seorang brader ni. Dia ni lebih senior dari kawe lah nampaknya. Baik dari segi umur atau pengalaman memancing. Begitulah tekaan kawe.

Brader ni tengah memancing lah. Peralatan yang dia pakai boleh tahan lah jugak. Pakaian pun ada kelass. So bila dia nampak kawe dok tengok saja, dia pun datang tegur kawe lah. Kawe pun bisalah dengan stail peramah kawe lah. So, kawe dok tanya2 lah sikit sebanyak pasal memancing kat situ. Brader ni pun ceritalah sikit sebanyak (actually banyak lah, that's why kawe rase dia ni banyak experience).

Last2 dia tanya kawe, "Bowok joghang mmende tuh?". Kawe jawab "Fly fishing". Terus brader tu senyum & tersengih. And you know he said? "Caghe tu dok leh paka llauk ni dek. Laut ni die dalang, ikang nok napok guane bende teghebang. Kalu ssunga baghu buleh....". Hah?

Terkejut kawe bila dia terus cakap macam tu. Anyway, kawe tak bangkang cakap2 dia tu. Bagi kawe, that is typical orang kita, especially towards jenis atau cara memancing yang kurang biasa kita tengok. Salah satu cara memancing yang kurang biasa kita lihat di negara kita ni ialah (drum roll) fly fishing.

Fly fishing ni mcm2 org panggil. Pancing terbang, pancing layang dan ada jugak panggil pancing lalat hehe. Antara pandangan biasa org kita tentang fly fishing ni ialah:
- Fly fishing ni utk ikan meyambar serangga atas air shj.
- Ikan di Malaysia tak makan umpan tipu ni
- Tempat memancing di Malaysia ni sempit, fly fishing perlu tempat luas
- Fly fishing ni susah
- Fly fishing ni mahal
- Malu (sebab nak berlatih fly casting kat padang)

Itulah antara pandangan orang kita.

Kawe akui, dulu kawe pun pelik jugak tengok fly fishing ni. Bagi kawe, kawe mula fly fishing ni dgn berkata "Why not?". Bermula dari situ, kawe mula cari bahan pasal fly fishing. Kenapa org putih minat sangat dengan fly fishing ni. Betul kata orang, semakin kita belajar, semakin kita sedar bahawa betapa sikitnya ilmu kita. Itu lah pengalaman kawe. Rupanya org putih dah mula fly fishing ni lebih dari 200 tahun. Dan dlm masa 200 tahun tu, dah mcm2 yang mereka alami, belajar, cipta dan sebagainya. Itu antara sebab mengapa mereka maju. Dan kemajuan tu bukannya dari segi fly fishing sahaja. Malahan juga terhadap alam sekitar, pengawalan stok ikan, serangga dan sebagainya termasuk pelancungan.

Kawe akan cuba cerita sedikit sebanyak tentang fly fishing ni di masa depan (petang ni? hahaha) dan juga pengalaman kawe fly fishing di tempat2 yang kawe rasa pemancing yang tidak menggunakan fly fishing tidak akan pergi kerana sebab2 tertentu.

Till next time.

Monday, September 10, 2007

A Julius Ceasar's Journey: Part Deux

Maso kawe tengah 'terguling' kerana kena torture dengan ikan tu, si Tam dengan selambanya, letak umpan lagi sekali dan terus membaling umpan di tempat ikan2 sedang rolling..... Whaaaat!

"Friend, one more..one more" kata Tam. Man, can you believe that? Kawe rasa last sekali letih macam tu, masa lepas sprint 100m masa di MRSM dulu la...haha.

Anyway, belum sempat nak komplen apa-apa...."quick! quick! fish bite already!'. Haah?! deng! So, kawe sekali lagi lah reel ini line, then strike....Fish On!....I was just hanging on for dear life my friends!..... tapi bila kita memang tak larat tu ada la perkara yang kita tak sangka berlaku. Tali putus! Kawe rase, itu lah pertama kali kawe rase happy sebab tali pancing putus, hahaha. No sir, never been happier.

So, did I stop fishing then? No.... kawe masuk balik kedai pancing kat situ & beli mata pancing & pelampung. Dunno apalah yang kawe pikir masa tu. Tapi bila fikir balik, kawe rase mujur jugak sebab dengan cara tu kawe boleh belajar: mata jenis mana, saiz berapa nak pakai kat situ, pelampung mana, 'coil' jenis apa..... ilmu ni yang penting sebenarnya. Jadi, sekarang ni kawe boleh la nak tunjuk macam mana nak ikat 'rig' untuk ikan patin siam di Bung Sam Ran ni.

Next thing? Letak umpan & baling. Kawe dah boleh buat sendiri (cuma baling tu tak berapa jauh lagi la). Tak sampai 5 minit.... another bite! Kali ni, ikan lebih ganas. Larian pertamanya cukup jauh. Kawe boleh rasa ikan ni lebih besar dari yang pertama tadi. Yeee haaaa one more time (yes u guess right.... kena seksa sekali lagi hahahaha). Lepas ikan dah abis larian pertama, kawe dapat lah gulung tali tapi memang dapat rasa lagi berat.

Satu hal dengan ikan di situ, dia pantang nampak pemancing. Dia akan lari lagi sekali (dua kali, tiga kali,...). Jadi dah puas gulung tali, kita kena surrender lagi sekali hahahaha. Nak pendekkan cerita, akhirnya ikan dapat masuk dalam tangguk.



Ada lah orang kat sana yang baik ati tolong kawe angkat ikan tu naik atas pelantar. Kalau tengok dlm gambar tu dia sorang je. Tapi sebenarnya ida pun kena mintak tolong sorang lagi hahaha. Kenapa kawe tak tolong? Hahahaha...sebabnya ialah kawe sekali lagi terguling selepas satu kotak lagi Milo! hahaha. Letih beb!

Hasilnya?



Dan...... Tam terus ambik joran kawe, letak umpan & baling lagi sekali. Man! This guy is joking! " My friend, one more.. yes. You come from far, so one more.. yes. Must catch 10". Haaah? Aper die cakap? Must catch 10? Yeah right, must catch 10..... in 5 years! And that's a maybe still! hahahaa.

Anyway, kawe took up the challenge but ikan sekali lagi berjaya memutuskan tali (sila baca: ikan dengan sudinya bersetuju untuk tidak menyeksa kawe lagi hehehe). So, kawe angkat tangan pada semua yang ada sekeliling tu "khap khun kharp!" (time kasih la tu). Kawe kena surrender dulu la untuk kali ni. But I shall return. Anyway macam si Julius Ceasar kata: Veni Vidi Vici! (I came, I saw, I conquered!). There will be a next trip (but I should go to gym first I suppose....hmmmm Fitness First? True Fitness? California Fitness? Celebrity Fitness? hehehehe.) Ulasan teknikal di post seterusnya...kena tunggu dulu

Tuesday, September 4, 2007

Ikan Patin Siam: A Julius Ceasar's Journey




Sekali ni kawe nak cerita pasal ikan patin siam. Orang Siam panggil Pla Buk. Orang putih kata (Giant) Mekong Catfish. Kalau nama saintifiknya ikan ini adalah dari keluarga Pangasius atau lebih spesifiknya ialah Pangasianodon Gigas (bbunyi pong mace dinosaur doh, makno nyo besar lah).


Kawe telah berpeluang untuk melawat ke sebuah tasik yang terkenal di negara jiran kita i.e. Thailand. Yang peliknya, tasik ini katanya terkenal seantero dunia tapi rakyat Thai khususnya di Bangkok sendiri tidak berapa kenal tempat ini (we never cared much about our own place - familiar? hehe).


Nak jadi ceritanya, kawe sampai ke Tasik Bung Sam Ran (kalu di Thailand kena sebut "Bng Sam Laan". Kena satu nafas je tu & kena sebut dgn lembut - mace oghe Klate sebut "Abe" lah haha) tu dgn niat nok tengok saja. Org Kelantan kata "Just to be there" lah. Setelah puas bertanya di hotel (dan sekelilingnya) kawe naik teksi ke kawasan tasik tu. Journey tak berapa lama, lebih kurang 40 minit (kalau di Bangkok, kira tak jauh la). Sampai di kawasan tasik tu, jalan masuk pulak tak jumpa. So jenuh lah bertanya. Org kata, kalau dah sesat tu jgn malu nak bertanya. Satu perkara yg kawe belajar ialah, nak berkomunikasi di Thailand ni agak susah sebab rata2 tak ramai yang cakap omputih (so, I'm ok la walau English 1119 dulu dpt C hahaha).


At last jumpa lah jalan. Macam tak percaya jln masuk dia - so small. Signboard tu toksah cakap lah.


Taxi Driver: Ok, now we find road to lake. Why we not see this sign. Very big sign!
Kawe: (Dlm hati) Yeaaayy! Yes very big sign. Very big sign in Thai! (keno blaja baso siam dulu la weh)

Mula2 sampai ke Bung Sam Ran (BSR) tu mcm tak percaya. Its like no where I tell u! No impressive thing, nothing! Tapi sebaik melangkah ke dlm, baru lah pecaye sikit. The lake is pretty impressive with photos showing past victors and their trophies. Bessarrr yamatzzz! (I can hear Julius says "I came")


So, kawe start dgn acara pertama iaitu menengung menengok-nengok org lain memancing. Believe it or not, I spent 2 hours just looking. And looking I was. Dlm 2 jam tu, kawe duduk tengok ada sorg ni memancing succesfully. Sekejap2 dapat. Sekejap2 dapat. Baling umpan tak sampai 3 minit dapat. Whoaaa... fishing is so easy here! And so I thought & that is my 1st mistake (kawe only learned this later, much later). This guy I saw fishing is moderately build (pakai t-shirt putih tuck in, seluar pendek cokelat, pakai stokin putih and kasut...merah!), pakai rod tak mahal (rasanya la), pakai reel Newell baitcast basic giler. He just baling and reel in the fish. So dlm masa 2 jam tu, memang banyak ikan dia dapat. And me.... just watching?! (I can hear Julius again. 'I saw'). No........


So nak jadik cerita, they have rods & reels for rental. So kawe pun sewa lah satu rod dan satu reel. Harga untuk memancing di sini ialah:
  • Lesen (1 hari) = 1000 baht
  • Sewa rod (1) = 500 baht (deposit 1000 baht - kalau hilang 6000 baht weh). Ni siap tali 30lb, pelampung, perambut dgn mata sekali dah. So takyah susah2. Kawe sewa rod cap ayam, reel Daiwa BG90, tali cap ayam 30lb.
  • Guide/pemandu pancing = 1000 baht (tak payah takut hilang rod. Kalau hilang dia tanggung)
  • Sewa tangguk = 60 baht (besar tangguk ni beb)
  • Umpan = 140 baht (satu tong)

Dah siap semua, kawe pun bersedialah untuk memancing. Persoalannya "How Do They Do It?". Biasa la, nampak senang, tapi bila suh buat, mula la kan haha. Kawe bernasib baik sebab ada lah pulak sorang hamba Allah ni yg peramah. Namanya Tam. Dia kata, dia customer tempat tu jugak. Dia ada kat situ 5 hari seminggu. Apa dia buat di situ? Tolong bancuh umpan, letak umpan, and baling.... at no charge! Free! Whoaa... ada ke org Malaysia macam ni? And so he became my good friend that day haha.

Lesson 1: Bancuh umpan kat sini senang je. Tak payah nak ambik guide pun. Pecaye la.

So I baited up (actually Tam baited up haha) and cast (ok, actually Tam casted for me haha. 1st time maa..). 2 minutes, no bite. Tarik balik, letak umpan baru, cast. Rupanya kena buat camni 4, 5 kali. Cast no 4 & 5 kawe yang cast la.

Lesson 2: Berley atau rasuah umpan di perlukan di sini

Susah rupanya nak cast jauh ni. nampak senang je, tapi bila cuba sendiri tak sampai-sampai haha. So after the 5th cast, I waited again. Eyes on the pelampung.....

"Down went the pelampung! Quick!"

So kawe reel in the slack....Bismillahirrahmanirrahim...strike! Fish on! Yee.. (belum abis haa lagi).. oh my God. The fish started Aksi 1 iaitu Torture the angler with untoppable run for 5 minutes. Nothing can be done, just hang on (just pegang rod, jgn sampai kena tarik masuk dlm tasik haha). Cool babe cool. This is why we came here, to get the fish. It will be easy after this...





Aksi ikan yang ke 2: Act stupid and tame to angler, bagi angler dapat gulung tali. Masa ni kawe dah rase "Ok, time to gulung tali. Sekejap sgt fight ni...ishh"...and boy was I mistaken again

Aksi ikan yang ke 3: Tarik balik tali dari angler! hahaha. Damn, ikan lari lagi dan menjunam for the next 10mins. Tarikan ikan masa ni lebih kuat dari Aksi 1 beb! Memang sah kena seksa dengan ikan! Masa ni kawe rasa nak give up pun ada. "Why am I doing this?!" I asked me. Org sekeliling bagi semangat dengan gelak kuat-kuat. Deng...kata org Terengganu.





Walaubagaimana pun, setelah bersusah payah, kawe akhirnya berjaya menaikkan ikan patin tersebut dgn bantuan Tam (yg menangguk ikan tu). Lebih kurang 25kg berat ikan tu. The biggest fish of my fishing career so far. Lepas kawe boleh bawak ikan tu naik, kawe terus terbaring... It was so bloody hard. Sempat abis air Milo 1 kotak. Masa tu kawe rase, that was the 1st and the last.......and again I heard Julius: I conquered!

Dalam masa tu si Tam had a surprise for me....... tunguu.

Tuesday, August 21, 2007

Fishing in Fish Valley, Semenyih, Selangor, Malaysia



Salaam dan hello,

Blog ni kawe buat untuk tatapan semua yang sudi membaca. Kawe ni meme minat kalu pasa fishing nih, especially 'fly fishing' lah. Basically, kawe minat all types of fishing tapi dok la sapa jjadi hatu hahaha. Spin fishing, baitcasting, float fishing, pole fishing, etc. kawe minat blako. Tapi llo ning hok paling kawe concentrate nyo ialah fly fishing lah.

Kawe minat fly fishing ni sebab, dio ado banyok bendo hok kito buleh & keno blaja. Hok keno blaja tu yg kawe minat skali tu. If banyak benda nak keno blaja, sure tak boring la. So dlm this blog, I will try to share as much as possible, knowledge hok kawe tahu pasa fishing ni.

The above photo shows my latest catch on fly fishing. Ikan kap rumput seberat 3 kilogram. Caught di Fish Valley, Semenyih. Almost last cast kawe sebab hari tu ikan are not biting much. Cuaca sedikit mendung. Org kata, kalau cuaca mendung ikan kurang menjamah umpan. There you go.

Setup

Rod: Weight 5 Scierra SST (org kata rod ni murah, so sesuai untuk pukul lalat - it still works)

Reel: Abel Super 5

Line: Vision Weight Forward 5 - Floating (line ni beli kat Finland - carik yang paling murah. Lebih kurang RM100 shj)

Fly: Bread fly

Leader: Maxima Chameleon all the way - 9 kaki

Tippet: Berkley Vanish, 6lb

Tektik: Cast to rising fish. Mula-mula kawe berley/chum dgn roti, tapi that day fish tak makan sangat roti tu. So kawe just cast ke rising fish. Bread fly tu kena floating pada mula-mula sahaja. Lepas tu biar dia tenggelam (macam roti lah). Tambahan, bread fly tu masa dia floating, dia kena duduk betul2 di permukaan i.e. atas nya sama rata dengan permukaan air (macam roti sebenar). Bukan seperti polystyrene (terapung terlalu tinggi). Ikan kap tu makan masa fly dah tenggelam lebih kurang 1 - 2 kaki (perhatikan tippet dan leader). Strike dengan cara "Strip Strike" (kawe takut tippet putuh atau rod patoh...hahaha)

Ok till next time. Kawe akan cuba update this page from time to time. Tungguuuu